Sunday, August 14, 2011

Written on

Nabil RL Akhiri Zaman Bujang

Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi dan gosip cinta, artis komedi,Nabil Ahmad,28,membuat pengakuan mahu mengakhiri zaman bujang apabila memilih bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia Bhd, Nazirah Ayub, 23, yang dikenalinya sejak enam tahun lalu, sebagai suri hidupnya.

Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan.

Nabil bakal berkahwin pada 30 September ini. Majlis Resepsi pula akan dibuat di I-City Shah Alam pada 2 Oktober nanti. Nabil dan Azira baru mengikuti kursus perkahwinan.

0 comments:

Post a Comment