Saturday, September 3, 2011

Written on

"Saya Menteri Besar Kedah"

ALOR SETAR, 2 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menegaskan bahawa kesihatan beliau berada dalam keadaan baik dan mampu menjalankan tanggungjawabnya mengurus pentadbiran negeri dengan sempurna.

"Nak ada pemangku buat apa? Ni dah keluar (hospital) dan semua sihat dah," kata beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang menyatakan kepimpinan PAS sedang mengambil tindakan untuk menggantikannya disebabkan keadaan kesihatan Azizan yang kurang baik selepas diserang sakit jantung Julai lalu.

Menurut laporan itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan akan menghadap Sultan Kedah berhubung peralihan kepimpinan kerajaan negeri itu.

Azizan berkata sekiranya kepimpinan PAS ingin berbuat demikian ia seharusnya dilakukan sewaktu beliau mula-mula jatuh sakit dahulu dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), bukannya sekarang.

Menteri Besar itu berkata beliau bagaimanapun akur sekiranya kepimpinan PAS membuat keputusan untuk menggantikannya.

"Saya tak minta jadi Menteri Besar, depa yang suruh... kalau depa suruh berhenti, esok pun tak pa," katanya ketika ditemui semasa menziarahi keluarga Pegawai Daerah Kota Setar Datuk Abdul Rahman Ahmad, yang meninggal dunia semalam, di sini.

Monday, August 22, 2011

Written on

Norman dan Abby berbaik semula?

Alhamdulillah syukur kalau tajuk di atas adalah perkara yang benar.. Tetapi hendak di pastikan adakah gambar makan bersama ini sebelum norman dan abby bergaduh?atau gambar ini baru sahaja di ambil dalam keadaan norman yang bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama memey? Hurm apa2pun semoga norman dan abby sentiasa berhubung dan berbaik semula demi masa depan anak2 mereka.. Kita doakan yang terbaik.. Amin...


Sumber gambar : carigold.com
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Written on

Service Kete

Holla, lama x update blog... Harini 22ramadhan.. Lebih kurng 7 hari kita nak menyambut syawal.. Syukur alhamdulillah.. Hari ni naim kena hantar kereta service di perodua service center cheras... Alahai cepatnya KM dah smpai 80ribu... Kopak sikit duit sebelum nak menyambut raya.. Hehe tapi apa2pun bagus.. Sbb ngam2 je nak raya kena service kete.. Jadi bila nak balik kampung insya-Allah rasa lebih selamat... Korang pulak dah service kete?jangan lupa ya... Ha lagi satu Zakat jangan lupa ;)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, August 17, 2011

Written on

Selamat Hari Nuzul Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Sunday, August 14, 2011

Written on

Nabil RL Akhiri Zaman Bujang

Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi dan gosip cinta, artis komedi,Nabil Ahmad,28,membuat pengakuan mahu mengakhiri zaman bujang apabila memilih bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia Bhd, Nazirah Ayub, 23, yang dikenalinya sejak enam tahun lalu, sebagai suri hidupnya.

Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan.

Nabil bakal berkahwin pada 30 September ini. Majlis Resepsi pula akan dibuat di I-City Shah Alam pada 2 Oktober nanti. Nabil dan Azira baru mengikuti kursus perkahwinan.

Saturday, August 13, 2011

Written on

Perceraian Disambut Dengan Majlis







Untuk pengetahuan anda, di Jepun (Kalau x silap) selain menyambut hari jadi, perkahwinan dan sebagainya, perceraian di antara suami isteri juga di sambut dalam satu majlis/upacara. Caranya adalah dengan memusnahkan cincin perkahwinan mereka..dahsyatnya :(

p/s : jangan pulak kita tiru ye.
Written on

STRESS

Selamat pagi semua... naim baru je lepas sahur. Menunya nasi putih+tomyam+telur mata. bukan nak cerita sangat pasal menu sahur atau berbuka tapi nak cerita yang semalam adalah hari kesabaran buat naim. Blackberry naim keypadnya rosak :( aduii stress sangat kerana komunikasi antara kawan-kawan dan kerja terhenti seketika. Harapan hari ni nak pergi hantar repair x taula berapa pulak yang di charge $$$ :(. Korang plak jangan stress ya..hehe

Thursday, August 11, 2011

Written on

Kopi Paling Mahal Di Dunia



Pada beberapa bulan yang lalu naim berpeluang melawat Bali,salah satu pulau yang tercantik di dunia.Antara yang menarik ketika berkunjung ke sana adalah terdapat pusat yang menghasilkan kopi paling mahal di dunia.Nak tau kopi apa?namanya Kopi Luwak. Bagi yang pernah berkunjung ke bali mesti pernah terdengar akan nama Kopi Luwak...apa yang membuatkanya mahal adalah disebabkan ia mengandungi biji kopi terpilih/terbaik yang di makan oleh musang ketika waktu malam...kemudian najisnya dihasilkan menjadi biji kopi.hurm,nampak macam menjijikan tetapi rasanya amat sedap!heheeh ini antara gambar yang sempat naim ambil

Written on

Kembar pada perut! Subhanaallah



Ya Allah, Engkau yang maha besar, simpati dengan kanak-kanak ini, diceritakan berlaku di India. Doakan pada anak ini semoga dia tabah..amin

kredit to : carigold.com
Written on

Tips Jimat Elektrik

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengeluarkan satu pekeliling mengarahkan semua bangunan miliknya agar tidak membuka suhu pendingin hawa di bawah paras 24 darjah selsius.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata,di setiap pejabat, sekurang-kurangnya 40% daripada tenaga elektrik disalurkan untuk menjana alat pendingin hawa.Bagaimanapun, untuk setiap darjah selsius yang dikurang pada alat pendingin hawa boleh membantu menjimatkan bil tenaga elektrik sehingga empat hingga tujuh peratus.

p/s : jadi tips untuk jimat elektrik adalah jangan rendahkan suhu aircond..

Kredit to Mstar.com.my
Written on

Babi kat bazar ramadhan???ayooo

Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk 'Ramadan Delights' yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.

Kredit to Malaysiakini.com
Written on

Selamat pagi..

Selamat pagi... Pagi ni naim ada recording komersial produk daia.. Utk tol rancak suriafm.. Jangan lupa dgn suriafm tau! :D hehehhe
Sent via BlackBerry from Maxis

Wednesday, August 10, 2011

Written on

Lagu Sedih!

Kali ni bukan lagi lagu sedih yang bila kita dgr lagu kumpulan vip tu kita rasa best! Tapi ni lagu sedih yang betul2 sedih sangat.. Hari ni satu lagi dugaan buat naim di bulan ramadhan yang mulia ini.. Tanggal 10ogos - 10ramadhan naim diuji dengan tayar bocor... :( apa boleh buat.. Ada hikmah dan rahmat disebaliknya..kita sebagai hamba Allah perlu bersyukur dan redha dengan ujian dr nya..hehe nila ayat2 yang menguatkan semangat naim.. Ok ni naim sertakan gambar semasa kena dan tukar tayar.. Melayang lagi $$$
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, August 9, 2011

Written on

Bonus dr PM!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan bonus setengah bulan kepada penjawat awam dengan bayaran minimum sebanyak RM500 yang akan dibayar pada pertengahan bulan ini.Beliau mengumumkan pemberian bayaran khas kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan, dibayar pada tarikh sama.

Kredit to Mstaronline.

Monday, August 8, 2011

Written on

Selamat petang semua!!!

Saje nak mengemaskini blog.. Kejap lg nak masuk waktu berbuka.. Ni adalah gambar studio tmpt sy bekerja..hehe ..love SuriaFM!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, August 7, 2011

Written on

GANJARAN TOPUP RM20!!!!


YA! Naim nak bagi ganjaran pada follower ke-50 blog naimhashim dimana anda akan mendapat topup kredit handphone apa2 telco bernilai RM20!!!..jadi apa tunggu lagi, ajak kawan2 follow blog naim (nanti leh share kredit antara kwn) hehehe... nanti naim akan follow balik pada mereka yang follow blog naim..thanks!
Written on

Terfikir nak bagi ganjaran

Naim terfikir nak bagi ganjaran atau hadiah pada follower blog naim yang ke 50 , 100, 150, 200.. Apa pandangan korang?hehe let's start dengan follower yang ke- 50, naim akan bagi ganjaran topup.. nilainya akan difikir kemudian :D.. Cpt2 follow.. Naim akan follow balik.. ;)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Written on

Datuk Siti Nafi Produk Guna Sumber Babi

PETALING JAYA: Produk kosmetik SimplySiti menafikan penggunaan berus bulu babi dalam produknya sebagaimana yang didakwa dalam sebuah laman blog baru-baru ini.Presiden produk tersebut Datuk Siti Nurhaliza Taruddin berkata kesemua produk keluaran syarikat tersebut telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dipasarkan kepada umum.

kredit :- Mstar

http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/8/7/mstar_hiburan/20110806165249&sec=mstar_hiburan

Written on

Hujung Minggu


masa hari ahad ni nak kena settelkan asgment dimana due datenya kena hantar pada 10ogos 2011.. Aduiyaaa... Masak.. Sbb esok isnin dah keje.. Hopefully dapat siapkan by today... (Boleh ke?).. Itula dugaan bekerja sambil belajar... Tapi jgn jadikan alasan ya..hehe.. Bg semangat pada diri sendiri.. Yok!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Written on

Dunia Voice Over (Suara Latar)

Bercerita mengenai dunia suara latar mungkin ramai yang tidak tahu mengenainya ataupun malas nak amik tahu, ialah sebab individu yang membuat suara latar tersebut kebiasaannya tidak dikenali kerana suara aja keluar di tv dan radio namun personalitinya tidak dapat dilihat. Inilah kerjaya separuh masa ku yang bermula sktr tahun 2008 hingga kini yang mana suara latar yang pertama naim buat adalah iklan power root, teruja dan ingin mengembangkan lagi kerjaya ini,itula yang bermain difikiran setelah percubaan pertama berjaya... ini antara contoh suara latar yang naim buat bagi promo astro warna.. :)


Written on

Percubaan Berjaya!

Yeah, mcm ketinggalan zaman plak rasa.. Baru nak cuba update blog guna blackberry..hehe
Sent via BlackBerry from Maxis
Written on

LAMA X UPDATE!!!

Harini masuk hari ke 7 berpuasa kan,kan,kan..ialah 7ogos hari ni, so start puasa 1ogos,ni dah 7ogos, so kira 7hari la.. eh main kira-kira plak..hehe x baik berkira kan... erm, pada 5 dan 6ogos naim pulang ke kg halaman di Muar,Johor, best x terkata sebab dapat makan masakan mak.. nasi ayam,popia goreng daging..arghh memang best... kalau korang nak try popia daging bg tau ek..hehehe.. selamat berpuasa..