Written on

Hiburan


MAMAT EXIST DIDENDA RM1000

JOHOR BAHRU 12 Ogos - Bekas penyanyi kumpulan Exist, Mohd. Ali Kamarudin atau Mamat Exist hari ini didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya November tahun lalu.

Majistret Maslinda Selamat turut memerintahkan Mamat, 32, diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun dan perlu melaporkan diri di Balai Polis Tampoi sebulan sekali.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Untukmu Ibu itu mengaku memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine ke dalam dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, dekat sini pada pukul 3.35 petang, 9 November tahun lalu.






Mahkamah Sahkan Perceraian Joey

KAJANG:Ikatan perkahwinanlakon dan penyanyi, Joey dan isteri, Noraini Mohammad Nasir terlerai pada Khamis, selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini memutuskan lafaz talak yang dibuat lebih setahun lalu sebagai sah.

Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah pada penghakimannya juga memutuskan bahawa dakwaan rujuk yang didakwa oleh Noraini tidak berlaku, selepas Joey bersumpah bagi menafikan perkara itu.

Joey yang popular dengan lagu Beradu Suratan didakwa melafazkan cerai pada 4 Jun 2010 manakala lafaz rujuk didakwa Noraini berlaku empat hari selepas itu. Dakwa wanita itu, mereka telah menjalani hubungan suami isteri selepas rujuk kembali pada 8 Jun 2010.

Kredit : MstarOnline