Saturday, September 3, 2011

Written on

"Saya Menteri Besar Kedah"

ALOR SETAR, 2 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menegaskan bahawa kesihatan beliau berada dalam keadaan baik dan mampu menjalankan tanggungjawabnya mengurus pentadbiran negeri dengan sempurna.

"Nak ada pemangku buat apa? Ni dah keluar (hospital) dan semua sihat dah," kata beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang menyatakan kepimpinan PAS sedang mengambil tindakan untuk menggantikannya disebabkan keadaan kesihatan Azizan yang kurang baik selepas diserang sakit jantung Julai lalu.

Menurut laporan itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan akan menghadap Sultan Kedah berhubung peralihan kepimpinan kerajaan negeri itu.

Azizan berkata sekiranya kepimpinan PAS ingin berbuat demikian ia seharusnya dilakukan sewaktu beliau mula-mula jatuh sakit dahulu dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), bukannya sekarang.

Menteri Besar itu berkata beliau bagaimanapun akur sekiranya kepimpinan PAS membuat keputusan untuk menggantikannya.

"Saya tak minta jadi Menteri Besar, depa yang suruh... kalau depa suruh berhenti, esok pun tak pa," katanya ketika ditemui semasa menziarahi keluarga Pegawai Daerah Kota Setar Datuk Abdul Rahman Ahmad, yang meninggal dunia semalam, di sini.

Monday, August 22, 2011

Written on

Norman dan Abby berbaik semula?

Alhamdulillah syukur kalau tajuk di atas adalah perkara yang benar.. Tetapi hendak di pastikan adakah gambar makan bersama ini sebelum norman dan abby bergaduh?atau gambar ini baru sahaja di ambil dalam keadaan norman yang bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama memey? Hurm apa2pun semoga norman dan abby sentiasa berhubung dan berbaik semula demi masa depan anak2 mereka.. Kita doakan yang terbaik.. Amin...


Sumber gambar : carigold.com
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Written on

Service Kete

Holla, lama x update blog... Harini 22ramadhan.. Lebih kurng 7 hari kita nak menyambut syawal.. Syukur alhamdulillah.. Hari ni naim kena hantar kereta service di perodua service center cheras... Alahai cepatnya KM dah smpai 80ribu... Kopak sikit duit sebelum nak menyambut raya.. Hehe tapi apa2pun bagus.. Sbb ngam2 je nak raya kena service kete.. Jadi bila nak balik kampung insya-Allah rasa lebih selamat... Korang pulak dah service kete?jangan lupa ya... Ha lagi satu Zakat jangan lupa ;)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, August 17, 2011

Written on

Selamat Hari Nuzul Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Sunday, August 14, 2011

Written on

Nabil RL Akhiri Zaman Bujang

Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi dan gosip cinta, artis komedi,Nabil Ahmad,28,membuat pengakuan mahu mengakhiri zaman bujang apabila memilih bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia Bhd, Nazirah Ayub, 23, yang dikenalinya sejak enam tahun lalu, sebagai suri hidupnya.

Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan.

Nabil bakal berkahwin pada 30 September ini. Majlis Resepsi pula akan dibuat di I-City Shah Alam pada 2 Oktober nanti. Nabil dan Azira baru mengikuti kursus perkahwinan.

Saturday, August 13, 2011

Written on

Perceraian Disambut Dengan Majlis







Untuk pengetahuan anda, di Jepun (Kalau x silap) selain menyambut hari jadi, perkahwinan dan sebagainya, perceraian di antara suami isteri juga di sambut dalam satu majlis/upacara. Caranya adalah dengan memusnahkan cincin perkahwinan mereka..dahsyatnya :(

p/s : jangan pulak kita tiru ye.
Written on

STRESS

Selamat pagi semua... naim baru je lepas sahur. Menunya nasi putih+tomyam+telur mata. bukan nak cerita sangat pasal menu sahur atau berbuka tapi nak cerita yang semalam adalah hari kesabaran buat naim. Blackberry naim keypadnya rosak :( aduii stress sangat kerana komunikasi antara kawan-kawan dan kerja terhenti seketika. Harapan hari ni nak pergi hantar repair x taula berapa pulak yang di charge $$$ :(. Korang plak jangan stress ya..hehe